Dalam dunia yang semakin terbuka, perkahwinan antara pasangan dari negara berbeza bukan lagi perkara luar biasa. Namun, bila perkahwinan itu berakhir dengan perceraian, isu yang paling rumit sering kali ialah hak asuh anak. Masalah ini menjadi lebih kompleks apabila melibatkan dua negara berbeza. Di Malaysia, kes seperti ini dikategorikan di bawah hukum perdata internasional kerana melibatkan unsur asing dan pertentangan undang-undang antara dua sistem hukum.
Salah satu kes terkenal di Malaysia ialah Re Maria Monica Susanto (1990).Kes ini melibatkan pasangan campuran antara warganegara Indonesia dan Malaysia. Setelah berlaku perceraian, timbul sengketa tentang siapa yang berhak menjaga anak hasil perkahwinan tersebut. Si ibu membawa anak ke Indonesia, sedangkan si ayah, warganegara Malaysia, menuntut hak asuh di mahkamah Malaysia.
Masalah timbul kerana dua negara mempunyai undang-undang dan sistem perundangan yang berbeza. Malaysia menggunakan prinsip common law, sementara Indonesia berasaskan civil law.Persoalan utama ialah: undang-undang negara mana yang patut digunakan untuk menentukan hak asuh anak tersebut?
Mahkamah Tinggi Malaysia menilai kes ini dengan berpandukan prinsip Private Internasional Law. Dalam sistem ini, mahkamah akan meneliti beberapa perkara seperti negara tempat anak dilahirkan, kepentingan terbaik dan hubungan kedua dua pihak.Ini menunjukkan bahwa walaupun Malaysia mempunyai sistem hukum tersendiri, negara ini tetap menghormati prinsip hukum internasional terutamanya apabila keputusan luar negara tidak bertentangan dengan kepentingan anak dan keadilan umum.














